Minggu, 24 Desember 2017

Umat Muslim Baca Ini..Jika Anda Banyak Meninggalkan Sholat, Lakukan Ini Sebelum Terlambat dan Menyesal di Kemudian Hari

MediandaTerkini – Sahabat medianda terkini  mungkin dianatara kalian ada yang pernah melakukan hal ini yakni meninggalkan kewajiban sebagai seorang muslim yakni tidak melaksanakan ibadah sholat.  Seperti pertanyaan salah satu jamaah ini.



Pertanyaan
Adakah kita perlu mengqada’ sholat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan lalai? Bagaimana dengan sholat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?

Jawaban:
Firman Allah SWT:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“… sungguh, shalat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (QS. an-Nisa: 103)

Ayat ini menunjukkan bahawa sholat fardhu menjadi kewajiban orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan sholat.

Pengarang al-Fiqh al-Manhajimenyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan sholat.

Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara orang yang meninggalkan sholat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan sholat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya.

Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat.

Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.

Sahabat medianda terkini berkenaan dengan masalah di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan sholat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.

Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan sholat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.

Mereka hendaklah menghitung sholat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua sholat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya …” (QS. al-Baqarah: 286)

Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.

Cara Mengqodho’ Sholat

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada sholat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada sholat yang sengaja ditinggalkan.

Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada sholat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam sholat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.

Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa sholat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (HR. Muslim)

Ada orang bertanya: Jika kita tertinggal sholat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah sholat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan sholat taubat?

Jawabnya, Wajib qada sholat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan sholat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak sholat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin sholat itu sudah diqada kesemuanya.

Cara yang terbaik adalah selepas selesai sholat fardhu lakukan sholat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah. Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua sholat itu ( tetapi sudah buat sholat taubat ) bagaimana ?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua sholat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua sholat dan telah melakukan sholat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.

Untuk pengetahuan semua, qada sholat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.Aamiin


Sumber: islamituindah.info
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+